Wednesday 23 April 2014

Teknik menguatkan pukulan belakang (Stroke)

mengikut sumber blog pelatih badminton katanya...

Mengikut pengalaman saya dalam melatih pelajar-pelajar , untuk menguatkan pukulan stroke kita perlulah tekan tubi paling kurang 50 kali.Kemudian barulah kita ambil reket tenis untuk buat pukulan stroke bersama pelatih.Setelah 1/2jam menggunakan reket tenis gantilah reket tenis tadi dengan reket badminton.Kemudian cubalah rasa pukulan stroke kita macamana....kalau hari-hari kita latih begitu pastinya pukulan stroke kita akan bertambah kuat.Cuba dulu baru tahu.......layan...

Teknik Forehand crosscourt net shot


Teknik Forehand Drive


Teknik backhand Drop


Teknik Forehand doubles long defense


Teknik Forehand Drop


Teknik Forehand Smash


Teknik Forehand net kill


Teknik Bermain Net Oleh Pete Gade


Teknik Terbaik untuk mematikan bola dalam perlawanan

Saksi beberapa teknik yang boleh di praktiskan bagi membolehkan kita memenangi perlawanan badminton secara bertaktik.Dalam Video ini perlawanan antara Pete Gade dan Lin Dan Banyak taktik yang boleh dipelajari.

Teknik untuk menguatkan pertahanan badminton

Hari ini saya ingin kongsikan satu pengalaman penting teknik untuk membuatkan pertahanan kita kuat dari serangan lawan dalam permainan badminton.Bagi yang selalu katakan teknik mengawal pukulan kedinding satu yang membazir tanggapan itu salah.Sebenarnya kepantasan kita menmgawal pukulan kedinding serta mengawalnya adalah satu teknik yang berkesan bagi menguatkan pertahanan.

Teknik posesi dalam pemainan double


Kesefahaman dalam pemainan badminton amat perlu ....teknik membetulkan posesi semasa mengambil bola badminton menjadi asas kepada suatu corak pemainan badminton yang hebat.Amati Video dibawah......

Selaraskan kelajuan Shuttle


Hari ini saya ingin berkongsi bagaimana untuk membuat penyelarasan speed bulu tangkis secara manual.Lihat Video dibawah

Teknik Smash Yang Betul

Semalan Kita membincangkan bagaimana hendak memegang reket ketika smash ,untuk sesi kali ini kita akan belajar teknik asas smash.

Teknik memegang reket semasa pukulan smash

Semalam Kita belajar bagaimana hendak meningkatkan smash.Untuk Kali ini saya ingin berkongsikan video bagaimana cara yang betul untuk memukul pukulan smash dengan teknik pegang yang tepat.

Teknik Meningkatkan Kekuatan Smash

Selamat Menonton video teknik bagaimana untuk memantapkan lagi smash....

Teknik menguatkan Pukulan BackHand Hadapan

Disini ditunjukan bagaimana untuk menjadikan pukulan backhand hadapan kita menjadi power??????

Meningkatkan Stamina Pemain

MUDAH merasa lelah? Berikut ini cara mengatasinya sehingga stamina tetap tinggi.

1. Olahraga, olahraga, olahraga!
Menurut James Rippe, ahli jantung sekaligus Direktur Rippe Lifestyle Institute di Shrewsbury, Massachusetts, AS, olahraga, terutama jenis aerobik, adalah obat terbaik mengatasi kelelahan dan menambah energi. Olahraga aerobik, seperti bersepeda, berenang, dan lari, akan memperkuat jantung sehingga lebih banyak lagi pasokan oksigen yang sampai ke tubuh. Lebih banyak oksigen, artinya lebih panas lagi organ dalam dapat bekerja sehingga meningkatkan efisiensi produksi energi.

2. Minum lebih banyak
Kurang cairan adalah penyebab kelelahan. Jika tubuh kekurangan cairan, darah mengental. Akibatnya, aliran darah menjadi lambat dan butuh waktu lebih bagi sel tubuh untuk mendapatkan oksigen.

3. Makan sedikit, tetapi sering
Makanlah dengan porsi kecil bergizi seimbang, tetapi sering. Makan porsi besar kaya karbohidrat menyebabkan gula darah membumbung. Ini membuat lebih banyak insulin yang dikeluarkan tubuh. Kondisi ini akan menyebabkan terlalu banyak gula darah dikirim ke sel otot untuk disimpan. Inilah biang keladi kelelahan.

4. Konsumsi suplemen vitamin, mineral, dan asam lemak omega 3
Dr Roberta Lee, Direktur Continuum Center for Health and Healing di Beth Israel Medical Center, New York, AS, menyarankan asupan multivitamin dan mineral untuk pasien yang kelelahan. Mengapa? Vitamin antioksidan membantu tubuh menetralkan kerusakan dalam sel karena serangan radikal bebas. Mineral mendukung kinerja hati dan ginjal dalam melakukan kerja detoksifikasi tubuh. Asam lemak omega 3 membantu kerja setiap sel tubuh agar berjalan mulus.

5. Ubah rutinitas
Bila kegiatan sehari-hari sudah dapat ditebak, ubah kebiasaan itu. Ini dapat menyebabkan kebosanan, biang keladi penguras energi. Coba dengarkan jenis musik baru, tempuh rute baru ke kantor, atau ngobrol dengan orang baru.

6. Beri prioritas
Buat daftar hal paling penting dalam hidup, apa yang ingin Anda lakukan. Melakukan hal yang tak diinginkan, kata Tony Schwartz, pengarang buku The Power of Full Engagement, akan menghabiskan energi.

7. Istirahat sejenak
Manusia sudah diprogram oleh Yang Maha Kuasa untuk bergerak antara menghabiskan dan meregenerasi energi. Siklus ini, kata Schwartz, berlangsung selama 90-120 menit selama waktu terjaga. Jika kita mengabaikan itu, akan mudah kelelahan. Istirahatlah beberapa menit untuk memulihkan energi.

DIY
Source : kompas.com

Formula pemakanan yang terbaik untuk semua

Formula pemakanan genius-genius Islam silam yang menjadi rahsia keajaiban daya intelek mereka. Formula ini terpendam di dalam kitab-kitab tradisional dalam bahasa Arab. Tersembunyi dari pengetahuan orang Arab dan umat Islam sendiri. Namun akhir-akhir ini ada usaha-usaha untuk mengetengahkan kembali kepada umum. Sekarang semacam ada kecenderungan di kalangan ilmuan Islam dan bukan Islam untuk mengkaji dan menguji keabsahan formula ini. Ini didorong oleh penemuan - penemuan saintifik yang membuktikan kebenarannya, khususnya terhadap susu, madu dan telur. Berikut adalah formula pemakanan genius - genius Islam yang telah terbukti berupaya meningkatkan kepintaran dan kekuatan daya ingatan :

1) MADU
Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktirafkannya sebagai “shifa’” iaitu penyembuh penyakit. Manisan madu digelar “Raja Ubat”, dapat menyembuh kebanyakkan penyakit. Ia adalah makanan untuk kesihatan keseluruhannya. Ia mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral, protein, antiseptik dan enzim yang meningkatkan ingatan dan kecerdasan mental individu. Madu juga mengandungi pelbagai zat galian yang penting seperti kalsium, sulfur, fosforus, zat besi, karbon, magnesium, potassium (kalium), kuprum, silika, klorin, mangganese dan belerang untuk memupuk tenaga dan kesihatan fizikal-mental. Rasullullah s.a.w bersabda, “Siapa ingin hafal, hendaklah ia minum manisan madu”. Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit - penyakit mental di mana ia boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat.

CARA MINUM : 2 sudu teh pada waktu pagi dan malam.
PANTANG : Jangan makan tembikai semasa menggunakan madu. Sangat merbahaya !

2) KISMIS
Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Kekurangan oksigen menyebabkan seseorang mudah mengantuk, pelupa, lembab dan mengalami kelemahan dalam berfikir.

CARA MAKAN :
i)Menghadap Kiblat
ii)Baca “Bismillah” dan selawat ke atas nabi (3 kali)
iii)Baca doa penerang hati
iv)Makan secara kemam seperti makan gula-gula. Tidak berkesan jika dikunyah seperti makan kacang.
v)Makan sebiji-biji sebanyak 21 biji setiap hari.

3) SUSU SEGAR
Susu berguna untk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semulajadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak. Susu adalah makanan yang paling lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi enam kelas makanan yang amat diperlukan oleh tubuh iaitu karbohidrat, lemak, protein, semua jenis vitamin, mineral dan air. Ia berkhasiat untuk merawati kesihatan umum dan merupakan penawar kelupaan yang berkesan. Rasullullah s.a.w menerangkan susu boleh menguatkan belakang, menambahi akal, memperbaiki penglihatan dan menghindari penyakit lupa. Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri - biri dan lembu yang segar. Susu hidup lebih berkhasiat dari susu debu.

CARA MINUM :
i)Sekurang-kurangnya segelas pada sebelah pagi dan malam
ii)Baca “Bismillah” dan doa minum susu seperti yang dibaca oleh Rasullullah s.a.w

4) TELUR
Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya. Ahli - ahli kesihatan mengakui ia merupakan makanan yang lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi protein, mineral, vitamin, kalsium, kuprum, magnesium, fosforus, kalium, sulfur, natrium, klorin, zat besi, air, choline dan bahan ekstraktif. Sabda Nabi s.a.w, “Sesungguhnya seorang nabi a.s mengadu kepada Allah (kerana dia)lemah badan. Maka Allah s.w.t memerintahkannya supaya memakan telur”. Telur terutama telur kuning, berupaya mengatasi masalah kelemahan tenaga fizikal dan minda sekaligus. Telur yang terbaik ialah telur ayam kampung dan yang masih baru.

5) HALIA
Ianya sangat mujarab untuk gejala kelupaan. Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halua. Halua ialah halia yang dijadikan manis - manisan dengan merebus dan mencampurkannya dengan gula.

CARA MAKAN : Dimakan sedikit sahaja pada waktu pagi.

6) LIMAU OREN
Berkhasiat untuk mengemaskan urat-urat jantung dan menambah kekuatan fikiran menurut hadis Nabi s.a.w. Limau - limau jenis lain juga elok untuk diamalkan.

7) BUAH DELIMA
Untuk penerang hati. Sabda Nabi s.a.w, “Barangsiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari.”

8) DAGING BURUNG MERPATI
Ianya banyak digunakan oleh bijak pandai Islam dan Melayu dahulukala. Ia mengandungi protein, lemak, kalsium, fosforus dan kalori. Sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutama kanak - kanak. Kaedah ini sangat popular dan berkesan. Kanak - kanak yang diberi telur burung merpati didapati dapat bercakap lebih awal dari kebiasaannya.

9) OTAK AYAM
Boleh dibuat sup dan dicampur dengan halia. Otak ayam yang segar juga boleh dibuat penawar sementara bagi gigitan ular. Perlu diamalkan memakannya.

10) DAGING AYAM
Berbanding dengan semua jenis daging, ayam dianggap mengandungi kadar zat pemakanan yang paling tinggi. Daging ayam betina dara terutamanya berkhasiat meningkatkan prestasi otak dan membaiki darah. Abu Musa r.a meriawayatkan bahawa Nabi s.a.w memakan daging ayam betina.

11) DAGING BIRI-BIRI
Menambah darah, sesuai untuk orang aktif dan bekerja berat serta dapat meningkatkan kekuatan hafazan.

12) HATI
Terutamanya hati ayam dan lembu. Mengandungi pelbagai jenis vitamin dan bermanfaat untuk kesihatan mental dan fizikal.

13) KEKACANG
Beberapa jenis kacang seperti gajus, berangan, kacang soya, pistachio dan lain-lain. Kacang pistachio dipercayai sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutamanya kanak-kanak. Memakan kacang pistachio merupakan amalan pemakanan seorang pelajar genius berbangsa Melayu yang tinggal di Melaka. Kekacang mengandungi nilai protein yang tinggi.

14) BUAH BADAM
Untuk meningkatkan kecerdasan.

15) ZA’FARAN : KOMKOMA (CROCOS SATIVUS)
Sejenis bahan berambu merah. Dimakan sedikit sahaja. Dijual di kedai-kedai runcit India dan sesetengah kedai runcit Melayu.

16) KEMENYAN PUTIH (kemenyan serani/luban/kundar)
Ditumbuk halus-halus dan dimakan dengan gula.

17) BUNGA KOBIS
Terdapat sejenis asid amino untuk tenaga mental.

18) BUNGA CENGKEH
Ditumbuk sehingga halus lalu diamakn sedikit sahaja.

19) LABU
Berfaedah menambahkan keupayaan fikiran dan akal. Sabda Nabi s.a.w., “Makanlah labu kerana ia mencerdaskan akal”. Baginda juga berkata, “Jika kamu membuat sup (atau kuah), dianjurkan memasukkan labu ke dalamnya kerana ia menambahkan kemampuan fikiran dan akal.

20) BUAH KEDEKAI (MAJALAWI)
Menguatkan hafalan dan menguatkan kekuatan badan.

21) MINYAK SAPI
Dimakan terus atau dicampurkan dengan masakan dalam kuantiti yang kecil.

22) SAYUR-SAYURAN DAN BAUH-BUAHAN SEGAR
Juga membantu meningkatkan akal dan memori

Latihan Asas Permaian Badminton (Pengambilan Bola Belakang)

Teknik asas permainan badminton adalah dengan ada dapat menguasai teknik mengambil bola belakang.Teknik mengambil bola belakang yang betul akan menghasilkan pukulan yang bukan half court.Bola return yang baik adalah dari hasil mengambil bola belakang yang baik.Disini saya kongsikan bagimana teknik menghasilkan mengambil bola belakang yang betul.

 Didalam video ini anda akan belajar cara bagaimana teknik menguasai Footwork yang betul bagi menghasilkan pengambilan bola belakang yang baik.Dalam video ini anda diberikan kelemahan yang biasa dilakukan untuk menghasilkan atau mengambil bola belakang...

Latihan Teknik Footwork

Disini saya ingi berkongsi bagaimana hendak melaksanakan latihan Teknik Footwork.Sila amati video di bawah untuk tontonan.

Bahagian 1

Bahagian 2

 Bahagian 3

 Bahagian 4

Teknik FootWork

Satu lagi teknik yang harus dipelajari bagi pemula atau beginer untuk bermain badminton adalah teknik kawalan gelanggang atau dikenali sebagai Footwork.Teknik ini menjadi asas kepada kejayaan seorang pemain untuk mengawal gelanggang.Teknik kawalan gelanggang yang sempurna bagi membolehkan permainan badminton menjadi seni yang begitu hebat untuk pandangan umum.

Disini saya ingin berkongsi video asas Teknik Footwork untuk tontonan tuan puan







Latihan Dato Lee Chong Wei

Hari ini saya ingin berkongsi bagaimana untuk menguatkan pertahanan anda sebagai seorang pemain badminton.Langkah yang ingin saya kongsikan ini adalah hasil terbitan daripada latihan Dato Lee Chong Wei....sungguh powerful pertahanan......

Tuesday 22 April 2014

Persediaan Awal Permain Badminton Untuk Latihan

Cara Terbaik untuk Mempersiapkan Tahap Fisikal Umum Pemain

1. Program Latihan Larian
Latihan lari sangat penting dan baik untuk menguasai kemampuan denyutan jantung, paru-paru, dan kekuatan hati. Membiasakan pemain berlatih larian selama 40-60 minit tanpa berhenti, yang dilakukan 3-4 kali seminggu, sangat baik untuk membina kemampuan daya tahan aerobik dan kesihatn umum pemain.

2. Program Latihan Senaman
Bentuk-bentuk latihan senam peregangan untuk seluruh bagian tubuh dan persendian harus diberi perhatian. Latihan peregangan hendaklah diselangi gerakan untuk memperkuat bahagian tubuh bahagian atas dan bawah yang dilakukan secara berganti-ganti.

3. Program Latihan Lompat Tali
Latihan ini sangat balk untuk membina daya tahan, kelincahan kaki, dan kecepatan serta melatih kemampuan gerak pergelangan tangan lebih lentur dan kuat. Proses latihan dapat dilakukan de-ngan loncat satu kaki secara bergantian (seperti lari biasa), loncat dua kaki, dan masih banyak bentuk variasinya.

4. Program Latihan Gabungan
Model atau sistem pelatihan ini adalah menggunakan berbagai alat bantu seperti bangku, gawang ukuran kecil, tiang, tongkat, tali, bola, dan sebagainya. Tujuan latihan ini adalah membina dan meningkatkan kamampuan dan keterampilan gerak pemain sebagai keupayaan untuk pengkayaan gerak. Pemain harus fokus dalam melakukan rangkaian gerak yang ada hubungannya dengan gerakan-gerakan dalam permainan badminton, di samping memberikan keutamaan pada pembinaan aspek-aspek kelincahan, dan koordinasi gerak yang memang diperlukankan dalam badminton.

5.Latihan Pemanasan (warming up)
Banyak latihan kurang memberikan perhatian khusus perihal peranan dan fungsi latihan pemanasan yang benar dan betul. Latihan pemanasan yang betul akan memberikan pengaruh positif pada proses kerja organ tubuh, mekanisme peredaran darah, dan pernafasan. Itu semua akan mempengaruhi langsung untuk kerja berat selanjutnya. Di samping itu, sangat penting untuk menghindari terjadinya berbagai kecederaan otot, persendian, dan fungsi-fungsi tubuh lainnya.


Pada umumnya latihan pemanasan berbentuk:

a. Lari jarak pendek yang pelbagai seperti lari sambil angkat paha/lutut, lari mundur, lari maju dan ke sisi.
b. Melakukan gerakan-gerakan senaman yang bersifat meregang otot kaki, paha belakang, depan, lengan, pergelangan kaki, pinggang, otot bahu, dan lain-lain.
c. Kualiti regangan harus dilakukan dengan perlahan hingga terasa terjadi proses peregangan pada bagian otot dan persendian yang dilatih. Hindari melakukan gerakan sentak, yang dapat menyebabkan rasa sakit pada otot atau persendian.

6. Latihan Pendinginan (cooling exercise)
Latihan ini dilakukan setelah program latihan selesai dilaksanakan sebagai mengendurkan bahagian otot yang bekerja berat tadi kembali pada posisi rileks dan tidak kaku. Bentuk latihannya adalah senam dan gerakan meregang. Kualiti latihan meregang, khususnya untuk otot besar seperti paha belakang dan depan, ping-ang, punggung, otot lengan, bahu, dada, dan berbagai persendian tubuh, harus diamati dengan betul. Lakukan gerakan pendinginan ini perlu dilakukan selepas setiap kali akticviti berat dilakukan

B. Sistem Latihan Fisikal Khusus

Pelatihan fizikal badminton dituntut untuk memahami dan mengetahui secara spesifik keperluan gerak olahraga ini. Bahkan harus mendalami makna proses kerja otot, sistem energi, dan mekanisme gerak yang terjadi dalam permainan badminton. Atas dasar pengetahuan ini, pelatih akan mampu merancang bentuk-bentuk latihan fisikal secara spesifik, sesuai keperluan pemain.

1. Latihan Daya Tahan
(Aerobik dan Anaerobik)
Kemampuan daya tahan dan stamina dapat dikembangkan melalui kegiatan lari dan gerakan-gerakan lain yang memiliki nilai aerobik. Biasakan pemain menyenangi latihan lari selama 40-60 minit dengan kecepatan yang pelbagai. Tujuan latihan ini adalah meningkatkan kemampuan daya tahan aerobik dan daya tahan otot. Dimana pemain dipacu untuk berlari dan bergerak dalam waktu yang lama dan tidak mengalami kepenatan yang melampau.

Selanjutnya proses latihan lari ini ditingkatkan dengan kualiti frekuensi, intensiti, dan kelajuan, yang akan berpengaruh terjadinya proses anaerobik (stamina) pemain. Artinya, pemain itu mampu bergerak cepat dalam tempoh lama dengan gerakan yang tetap konsisten dan harmonis.

2. Latihan Kekuatan
Pemain badmintoan sangat memerlukan aspek kekuatan. Berdasarkan analisis dan penguasaan pemain melakukan gerakan-gerakan seperti melompat ke depan, ke belakang, ke sisi, memukul sambil loncat, melakukan langkah lebar dengan tiba-tiba. Semua gerakan ini memerlukan kekuatan otot dengan kualiti gerakan yang baik dan betul.
Cara terbaik untuk meningkatkan kemampuan kekuatan ini adalah latihan menggunakan beban atau dengan kata lain latihan beban (weight training). Sebaiknya sebelum melakukan program latihan beban sesungguhnya, disarankan agar pemain terlebih dulu mengenal berbagai bentuk gerakan seperti:
- mendorong (push up, pull up)
- bangun tidur, angkat kaki
- memperkuat otot punggung, pinggang
Proses selanjutnya adalah meningkatkan kualiti gerakan dengan menggunakan beban (weight training) yang sebenarnya. Dinasihatkan untuk tidak melakukan atau berlatih lompat di tempat yang keras kerena apabila terjatuh terjadinya sakit, cedera pada bagian lutut, dan pinggang.

3. Latihan Ketangkasan
Aspek ketangkasan dalam badminton sangat penting. Pemain harus bergerak dengan cepat untuk menutup setiap sudut-sudut lapangan sambil menjangkau atau memukul bulutangkis dengan cepat.

Cara untuk bergerak cepat adalah melatih ketangkasan kaki. Aspek ketangkasan dalam badminton juga bermakna pemain harus cekap dalam mengubah arah gerak dengan tiba-tiba, tanpa kehilangan momen keseimbangan tubuh. Bentuk-bentuk latihannya antara lain:
a. Lari cepat dalam jarak dekat
b .Lari bolak-balik, jarak enam meter (shuttle run)
c. Tingkatkan kualiti latihan dengan menggunakan beban, rintangan, dan lain-lain.
d. Berdiri jengket dan diikuti lari cepat dalam jarak dekat pula.

4. Latihan Kelenturan/Fleksibiliti
Fleksibiliti adalah komponen kesegaran jasmani yang sangat penting dikuasai oleh setiap pemain badminton. Dengan ciri-ciri gerakan cepat, kuat, tangkas namun tetap bertenaga, pembinaan kelenturan tubuh harus mendapat perhatian khusus.

Latihan fleksibiliti harus mendapat bahagian yang mencukupi. Orang yang kurang lentur mudah mengalami kecederaan di bahagian otot dan daerah persendian. Di samping itu, gerakannya cenderung kaku sehingga banyak menggunakan tenaga, kurang harmonis, kurang rileks, dan tidak efisyen.
Latihan-latihan peregangan dengan kualiti gerakan yang baik memacu komponen otot dan persendian mengalami peregangan yang optimum. Oleh karena itu, fleksibiliti ini harus dilatih dengan tekun dan sistematik.

5. Model-Model Latihan Fisikal dengan Menggunakan Alat Bantu Latihan

a. Latihan dengan Bola Medisin
Bola medisin yang beratnya pelbagai antara 1-5 kilogram merupakan alat bantu latihan, antara lain untuk kekuatan dan kecepatan melempar, membina kekuatan lengan, kaki, dan kekuatan bahagian atas dan bawah tubuh.
Bentuk latihan bola medisin ini antara lain dilakukan dengan melempar ke arah tembok dengan satu atau dengan dua lengan. Berdiri kira-kira 3-4 meter dari tembok, lalu lempar bola itu dan segera tangkap bola tersebut sambil lari mundur ke arah garis mula, seperti gerakan mundur dalam permainan badminton.

b. Latihan Lompat Tali
Pemain badminton dianjurkan untuk tampil dan menguasai bentuk latihan lompat tali ini. Pengaruh latihan ini sangat membantu untuk membina kekuatan kaki, pergelangan kaki, daya tahan, koordinasi gerakan, dan membantu peningkatan kualiti gerak pergelangan tangan.
Latihan lompat tali dirancang dengan sistem interval antara lain sebagai berikut:

• Sesi I: • Sesi H:
1. 3 X 30 detik 1.5 X 25 detik
2. 5 X 25 detik 2. 7 X 20 detik
3. 7 X 20 detik 3. 5 X 30 detik
4. 3 X 30 detik 4. 3 X 40 detik

Masa rehat antara kegiatan adalah 15-20 detik. Tingkatkan latihan ini dengan menambah jumlah sesi, waktu kegiatan masa rehat dipendekkan. Dalam aplikasi latihan lompat tali, pelatih harus berperan memberikan motivasi dan pengawasan gerak lompat, sehingga tujuan latihan tercapai dengan optimum.

Latihan ini berfungsi untuk meningkatkan kemampuan gerak kaki, kecepatan, serta daya tahan. Latihan ini dapat dijadikan sebagai program khusus, rutin bagi pemain agar langkah dan gerakan kaki (footwork) sentiasa ditingkatkan dan dipelihara terus.
Untuk meningkatkan kualiti latihan ini, pemain harus menggunakan "jaket pemberat" yang dibuat khusus untuk itu. Sangat baik untuk membina kualitidan ketangkasan gerak pemain.

d. Latihan Lompat Bangku
Latihan ini berfungsi untuk membina kekuatan kaki, konsentrasi, dan ketangkasan gerakan yang diperlukan dalam permainan. Bangku dibuat dengan berbagai ukuran tinggi antara lain 40, 50, 70, 80 cm. Alat ini berfungsi sebagai alat pemberat, rintangan, tantangan, agar pemain terpacu untuk mengatasinya. Proses kerja "overload' (beban lebih) dengan menggunakan beban rintangan ini, latihan makin terasa berat bagi pemain.
Dalam pelaksanaan latihan, pelatih harus tampil meletakkan bangku itu sesuai dengan tujuan latihan dan keperluan pemain

Teknik Asas Memegang Racket Pelbagai Pukulan

Kedudukan Racket

Asas Badminton Teknik FootWork

Belajar TeknikAsas Badminton / Teknik FootWork

Seperti yang dikongsikan dalam artikel yang lepas bahawa teknik Footwork adalah teknik asas bagi seorang yang ingin bermain badminton.Teknik Ini perlu dikuasai oleh seoarang pemain bagi memudahnya mengawal gelangang.Teknik yang betul dapat memberikan kita satu kelebihan yang mana sesorang dapat menganggarkan bola yang keluar dari gelanggang.Untuk seorang itu mahir teknik Footwork pastikan sebelum bermain badminton bagi masa lebih kurang setengah jam untuk belatih teknik Footwork ini.Untuk tontonan tuan puan yang ingin melihat asas pergerakan dalam permainan badminton lihat vedio sebagi tontonan anda....

 Bahagian 1

 


 Bahagian 2

                                     

 

 

Pengenalan Cara Bermain Badminton

Teknik Bermain

Pegangan Raket (Grip)

Cara pegangan raket yang benar adalah raket harus dipegang dengan menggunakan jari-jari tangan (ruas jari tangan) dengan luwes, rileks, namun harus tetap bertenaga pada saat memukul . Elakkan memegang raket dengan cara menggunakan telapak tangan (seperti memegang golok).

Cara Memegang Raket ada 2 : 

a) Cara Memegang Raket Forehand

b) Cara Memegang Raket Backhand



a) Cara Memegang Raket Forehand
1. Pegang raket dengan tangan kiri, kepala raket menyamping. Pegang raket dengan cara seperti "jabat tangan". Bentuk "V" tangan diletakkan pada bagian gagang raket.
2. Tiga jari,  jari tengan, manis dan kelingking menggenggam raket, sedangkan jari telunjuk agak terpisah.
3. Letakkan ibu jari diantara tiga jari dan telunjuk.

 

 

Cara Memegang Raket Backhand
Untuk backhand grip, geser "V" tangan ke arah dalam. Letaknya di samping dalam. Ibu Jari berada pada pegangan raket yang lebar.

 

 

 

 

 

 

2. Footwork (Gerakan Melangkahkan kaki)
Footwork merupakan dasar untuk menghasilkan pukulan berkualiti, apabila dilakukan dalam posisi baik. Untuk memukul dengan posisi balk, seorang pemain harus memiliki kecepatan gerak. Kecepatan gerak kaki tidak boleh dicapai kalau footwork-nya tidak teratur.  


3. Sikap dan Posisi
_ Sikap dan Posisi Berdiri di Gelangang Sikap dan posisi berdiri di gelangang harus sedemikian rupa, sehingga dengan sikap yang baik dan sempurna itu, dapat secara cepat bergerak ke segala penjuru gelangang permainan.

_ Sikap dan Tahap Kerja Langkah Kaki
Sikap dan langkah kaki yang benar dalam permainan , sangat penting dikuasai secara benar oleh setiap pemain. Ini sebagai syarat untuk meningkatkan kualiti ketrampilan memukul shuttle.

Teknik Pukulan

 Adalah cara-cara melakukan pukulan pada permainan dengan tujuan menerbangkan shuttle ke gelanggang lawan.

 

1. SERVIS

Pukulan dengan raket yang menerbangkan shutlle ke gelanggang lawan secara diagonal.

 @ Servis pendek (short service)

 @ Servis panjang (Lob service)

 @ pukulan servis drive

 @ Servis chop/flick

 

 Servis Forehand
a. Servis Forehand Pendek
- Tujuan servis pendek ini untuk memaksa lawan agar tidak dapat melakukan serangan. Selain itu lawan dipaksa berada dalam posisi bertahan.
- Variasi arah dan sasaran servis pendek ini dapat dilatih secara serius dan sistematik.
- Harus dipukul dengan ayunan raket yang relatif pendek.
- Pada saat perkenaan dengan kepala raket, siku dalam keadaan bengkok, untuk menghindari penggunaan tenaga pergelangan tangan, dan perhatikan peralihan titik berat badan Anda.
- Cara latihannya adalah selalu menggunakan dan dilakukan secara berulang-ulang.

 b. Servis Forehand Tinggi
- Jenis servis ini terutama digunakan dalam permainan single.
- Harus dipukul dengan menggunakan tenaga penuh agar shuttle melayang tinggi dan jatuh tegak lurus di bahagian belakang garis gelanggang lawan.
- Saat memukul , kedua kaki terbuka lebar dan kedua telapak kaki senantiasa rapat dengan lantai.
- Perhatikan gerakan hayunan raket. Ke belakang, ke depan dan setelah melakukan pukulan, harus dilakukan dengan sempurna serta diikuti gerak peralihan titik berat badan dari kaki belakang kekaki depan yang harus seiring.
- Biasakan selalu berkonsentrasi sebelum memukul.
- Hanya dengan berlatih tekun dan berulang-ulang tanpa mengenal penat, dapat mengusai teknik servis forehand tinggi dengan sebalik-baiknya.

 

c. Servis Backhand

Jenis servis ini pada umumnya, arah dan jatuhnya sedekat mungkin dengan garis serang pemain lawan. Dan serendah mungkin melayang dekat di atas jaring (net).
Oleh karena itu, jenis servis ini kerap digunakan oleh pemain double.
1. Sikap berdiri adalah kaki kanan di depan kaki kiri, dengan ujung kaki kanan mengarah ke sasaran yang diinginkan. Kedua kaki terbuka, lutut dibengkokkan, sehingga dengan sikap seperti ini, titik berat badan berada di antara kedua kaki. Jangan lupa, sikap badan tetap rileks dan penuh konsentrasi.
2. Hayunan raket relatif pendek, sehingga hanya didorong dengan bantuan peralihan berat badan dari belakang ke kaki depan, dengan slow and steady. Elakkan menggunakan tenaga pergelangan tangan yang berlebihan, karena akan mempengaruhi arah dan ketepatan pukulan.
3. Sebelum melakukan servis, perhatikan posisi dan sikap berdiri lawan, sehingga dapat mengarahkan ke sasaran yang tepat dan sesuai.
4. Biasakan berlatih dengan jumlah kerap dan berulang-ulang tanpa mengenal rasa bosan, sampai dapat menguasai gerakan dan ketrampilan servis ini dengan utuh dan baik/sempurna.

Servis yang Benar :
1. Pada saat memukul, tinggi kepala (daun) raket harus berada dibawah pegangan raket.
2. Kaki Kanan harus berada di bawah pinggang.
3. Kaki kiri tetap.
4. Kaki hanya bergeser, tetapi tidak lepas dari tanah.
5. Rangkaian mengayun raket, harus dalam satu rangkaian.
6. Penerima servis bergerak sesaat setelah servis dipukul.

d. Pengembalian Service

Teknik pengembalian servis, sangat penting dikuasai dengan benar oleh setiap pemain. Arahkan ke kawasan sisi kanan dan kiri gelanggang lawan atau ke sudut depan atau belakang lapangan lawan. Prinsipnya, dengan penempatan(placing) yang tepat, lawan akan bergerak untuk memukul, sehingga lawan terpaksa meninggalkan posisi di titik tengah gelanggangnya.
1. Dalam permainan single, sebaiknya servis lob lawan dikembalikan dengan teknik pukulan keras dan tinggi ke salah satu sudut bagian belakang lapangan lawan, atau dengan teknik "pukulan pendek" (drop pendek) ke sudut depan gelanggang lawan.
2. Elakkan melakukan "smash keras", ketika berdiri pada posisi di bagian belakang gelanggang sendiri. Oleh karena, posisi pada saat itu kurang menguntungkan, apabila smash dapat dikembalikan dengan penempatan yang akurat atau terarah oleh pemain lawan.
3. Dalam permainan double, seharusnya dipukul tepat,cepat, dan arah pukulan senantiasa menurun jatuh ke gelangang lawan atau kebahagian badan lawan.

2. OVERHEAD LOB (Pukulan Lob)

 Suatu pukulan dalam permainan yang dilakukan dengan tujuan untuk menerbangkan shuttle setinggi mungkin mengarah jauh ke belakang garis gelanggang lawan. Cara melakukan lob dapat dilakukan dengan 2 cara : 

 Overhead lob dan Underhand lob.

 Ada dua jenis overhead lob :
1. Deep lob/Clear, bolanya tinggi ke belakang.
2. Attacking lob/Clear, bolanya tidak terlalu tinggi.

Cara Latihan
1. Untuk pemain yang baru belajar, sebaiknya pertama latihan dengan cara mengumpan mereka dengan lemparan bola. Tujuannya supaya timing memukul diperoleh. Untuk mempermudah, digunakan hitungan (1. Posisi siap; 2. Ayunkan; 3. Pukul).
2. Untuk alat bantuan membiasakan gerakan dan memperoleh timing memukul yang tepat, boleh digunakan bergantung yang ketinggiannya.

3. DROPSHOT (Pukulan Potong)

 

Pukulan yang tepat melepasi jaring, dan terus jatuh ke sisi gelangang lawan. Dropshot dilakukan dengan dua cara, yaitu :

a) Dropshot dari atas

    *Pukulan secara penuh

    *Pukulan potong

    *Pukulan secara dichop atau flick

b) Dropshot dari bawah

Hal yang Perlu Diperhatikan
1. Pergunakan pegangan forehand. Pegang raket dan posisinya di samping bahu.
2. Posisi badan menyamping (vertikal) dengan arah net, posisi kaki kanan berada dibelakang kaki kiri. Pada saat memukul bola, harus terjadi perpindahan beban badan dari kaki kanan ke kaki kiri.
3. Posisi badan harus selalu diupayakan berada di belakang bola.
4. Pada saat perkenaan bola, tangan harus lurus, menjangkau bola dan dorong dengan sentuhan halus.
5. Untuk arah forehand lawan, pukul bagian Iengkungan bola sebelah kanan dan lengkung kiri bola untuk tujuan backhand.
6. Posisi akhir raket mengikuti arah bola.Biasakan bergerak cepat mengambil posisi pukul yang tepat di belakang.
7. Perhatikan gerak langkah dan keseimbangan badan pada saat dan setelah memukul.
8. Harus dipukul dengan sikap lengan lurus dan hanya menggunakan tenaga kecil.
9. Pukulan potong ini mengandung aspek kehalusan gerak dan gerak tipu.

 

4. SMASH

Suatu gerakan ayunan tangan yang cepat, mendadak dan menghasilkan pukulan yang keras serta menerjunkan shuttlecock secara curam. Pukulan smash adalah bentuk pukulan keras yang sering digunakan dalam permainan badminton. Karakteristik pukulan ini adalah; keras, laju jalannya cepat menuju Iantai lawan, sehingga pukulan ini memmerlukan aspek kekuatan otot tungkal, bahu, lengan, dan fleksibiliti pergelangan tangan serta koordinasi gerak tubuh yang lembut.  Dalam praktis permainan, pukulan smash dapat dilakukan dalam sikap diam/berdiri atau sambil loncat (King Smash).Oleh karena itu pukulan smash dapat berbentuk:

- Pukulan smash penuh - Pukulan smash potong - Pukulan smash backhand - Pukulan smash melingkar atas kepala
Teknik pukulan smash tersebut secara bertahap setiap pemain harus menguasainya dengan sempurna. Manfaatnya sangat besar untuk meningkatkan kualiti permainan.

Beberapa macam pukulan smash

a. Pukulan smash penuh

b. Pukulan smash potong

c. Pukulan smash melingkar

d. Pukulan smash chop /flick

e. Pukulan backhand smash

Backhand Smash

 

 Tips untuk melakukan pukulan smash yang kuat (powerfull smash) :

  1. Harus tinggi dan juga berada di depan badan si pemain.
  2. Pada saat memukul , pergelangan tangan memukul dengan cepat kearah bawah dan ke arah dalam, kepala raket mengena tepat pada posisi tegak dan lurus .
  3. Saat memukul, kita harus mempercepat pergelangan tangan dan pemakaian tenaga mesti fokus, jari-jari memegang grip dengan cukup ketat untuk menambah hentakan dan mempercepat laju kepala raket.
 Posisi pegangan raket (grip) saat melakukan smash :

  1. Pegangan (grip) mesti relax dulu sebab dengan begitu kita baru boleh mengguna tenaga pergelangan tangan secara keras kebawah.
  2. Pakailah pegangan grip yang sesuai dengan style masing-masing pemain, misalnya bahan yang terbuat dari kain atau karet atau sejenisnya.
  3. Jangan pegang ujung raket terlalu kuat sebab waktu smash gerakan akan menjadi kaku.
  4. Sebelum smash pegangan grip mesti relax, per-erat jari-jari tangan hanya pada saat pemukulan saja.
  5. Posisi badan, kaki, tangan dan timing harus juga diambil kira.
Jenis-jenis pengembalian smash :
1. Pengembalian pendek, return dimana bolanya jatuh dekat net. Banyak terjadi pada permainan single. Tujuannya untuk memaksa lawan berlari jauh.
2. Pengembalian drive (mendatar),lebih banyak dilakukan pada permainan double . Tujuannya untuk tidak memberi kesempatan lawan melakukan serangan.
3. Pengembalian panjang, return bola ke arah belakang lagi. Pukulan ini biasanya hanya dilakukan oleh pemain yang sudah trampil dan mempunyai pergelangan tangan kuat.

5. DRIVE 

Adalah pukulan cepat dan mendatar banyak digunakan dalam permaianan double. Tujuannya untuk mengelak lawan menyerang atau sebaliknya memaksa lawan mengangkat bola dan berada pada posisi bertahan. Pukulan ini menuntut ketrampilan grip, reflek yang sepat dan kekuatan pergelangan tangan. Pukulan ini akan diajarkan lebih jauh pada tahap selanjutnya.

Sebagai Dasar Hal yang Perlu Diperhatikan :
1. Pegangan raket dengan satu grip/cepat berpindah.
2. Selain kekuatan bahu, gunakan "lecutan" pergelangan pada saat bola dipukul.

Cara Latihan
1. Gunakan raket yang lebih berat atau botol berisi pasir untuk melatih kekuatan pergelangan tangan.
2. Latih reflek pukulan drive kiri/kanan ke tembok.

6. Netting (Permainan net)
 
 
Adalah pukulan yang dilakukan dekat net, diarahkan sedekat mungkin ke net, dipukul dengan sentuhan tenaga halus sekali. Pukulan netting yang baik apabila bolanya dipukul halus dan melintir tipis dekat sekali dengan net.
Karakteristik teknik dasar ini adalah senantiasa jatuh bergulir sedekat mungkin dengan jaring/net di kawasan gelanggang lawan. Koordinasi gerak kaki, lengan, keseimbangan tubuh, posisi raket dan saat perkenaan, serta daya konsentrasi adalah faktor-faktor penting yang mempengaruhi keberhasilan pukulan ini.
Pegang raket dengan jari-jari tangan (ruas jari tangan), pergelangan tangan tetap rileks, posisi kepala (daun) raket sejajar dengan Iantai pada saat perkenaan raket harus diperhatikan selama proses pukulan jaring berlangsung. Di samping itu sikap dan posisi kaki tumpu harus tetap kokoh menapak di Iantai, dengan lutut kanan dibengkokkan, sehingga tidak terjadi gerakan tambahan yang dapat mempengaruhi keseimbangan tubuh

 Cara Latihan :
1. Berdiri kira-kira dua langkah dari jaring sambil memegang raket.
2. Penyaji melemparkan berturut-turut ke kawasan jaring dan Anda berusaha memukul itu.
3. Lakukan latihan ini di sisi kanan dan kiri secara bergantian.
4. Tingkatkan faktor intensitas dan kesulitan latihan dengan cara sambil bergerak.
5. Arah dan sasaran pukulan dapat berbentuk lurus, silang atau dengan cara mendorong kok itu ke berbagai arah.

 6. VARIASI STROKE/TAKTIK PERMAINAN
 
Setelah seorang atlit berhasil menguasai cara memegang raket, menguasai footwork, dan seluruh tekni dasar (basic stroke) dengan baik, maka selanjutnya dapat membuat variasi pukulan. Dengan kata lain, pada satu jenis posisi yang baik dapat melakukan beberapa pilihan pukulan. Misalnya pukulan overhead, selain lob dengan sedikit mengubah grip dan arah raket/putaran raket, bisa melakukan pada posisi underhand yang baik, selain melalukan netting boleh juga melakukan flick.
Penguasaan pukulan dasar dan variasi akan terasa sekali manfaatnya pada saat mulai bermain dalam game (perlawanan). Berpikirlah menggunakan taktik apa agar dapat mematikan lawan dan memenangkan pertandingan. Berikit adalah beberapa tips dan taktik permainan.



Single
Pada permainan tunggal, boleh dikatakan berada di atas angin apabila selalu bisa:
1. Melakukan pukulan dengan posisi selalu berada di belakang bola.
2. Sudah berada di tengah lapangan sebelum lawan memukul bola.
3. Sebaliknya berusaha untuk cepat berada pada posisi memukul sebelum lawan kembali ke tengah. Dalam posisi ini ertinya bersedia melakukan serangan yang mematikan.
Untuk melakukan ketiga hal di atas, Pemain harus memillki footwork yang teratur dan cepat. Dan gerakan-gerakan yang cepat itu berlangsung untuk jangka waktu lama maka diperlukan stamina yang memadai. Karenanya, footwork yang cepat, teratur, dan stamina yang kuat menjadi faktor yang dominan diperlukan seorang pemain single.



Double
Permainan double memlliki tuntutan yang agak berbeda dengan single. Seorang pemain yang footwork-nya kurang baik tetapi memiliki kecepatan dan reflek pukulan serta power yang besar, boleh menjadi pemain double yang baik.
Walaupun penguasaan pukulan dasarnya sama dengan single, tetapi seorang pemain single yang baik belum tentu bisa menjadi pemain double yang baik. Karena permainan double memiliki jenis pukulan yang khusus. Pukulan cepat seperti drive, smash, return smash, serve, dan wiping (menyapu) adalah jenis pukulan yang wajlb dan harus dikuasi dengan trampil.


huh.. harap membantu....haha