DATO' MOHD SIDEK ABDULLAH KAMAR (ALLAHYARHAM)

Allahyarham Dato' Sidek lahir pada 9 Januari 1936 di Banting, Selangor. Beliau bersekolah di Sekolah Agama Al-Mansor, Pulau Pinang. Antara kejayaan beliau ialah Juara Beregu Lelaki dan Beregu Campuran Daerah Kuala Langat (1958); Juara Perseorangan Lelaki Daerah Kuala Langat (1959-1962); dan Juara Perseorangan Lelaki Piala Novis Melayu Selangor (1964).

Pada 1970, beliau bersara dan seterusnya bermula detik beliau melatih anak-anaknya menceburi sukan badminton. Allahyarham juga merupakan pengasas Kelab Nusa Mahsuri -- kelab badminton pertama di Malaysia, ditubuhkan pada 10 April 1997. Beliau merupakan bapa kepada 5 orang jaguh badminton adik beradik iaitu Misbun Sidek, Jalani Sidek, Razif Sidek, Rahman Sidek dan Rashid Sidek. Allahyarham Dato' Sidek, seorang yang tegas mendidik anak. Jasanya kepada dunia sukan negara memang tak terbalas.